Sunday, September 2, 2012

.: Tuhfatul Asyraf :.: Aku Ingin Bebas

.: Tuhfatul Asyraf :.: Aku Ingin Bebas: Aku Ingin Bebas ~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~ السلام عليكم Aku ingin hidup...

Kehilangan

Salam, 1 september 2012....satu tarikh yang tak pernah aku fikir akan berlakunya sesuatu dalam hidup aku....hari dimana aku kehilangan seseorang yang....yang...(hmmm kalau x istimewa masakan pulak aku pahatkan cerita ni di sini)...yang memberi kesan yang besar dalam hidup aku...kehilangan di mata...pergi menemui pencipta...pulang ke tempat asal...menutup cerita dunia....dunia yang penuh ragam gelodak...gelodak yang tidak pernah mahu tenang walau bagaimana kita cuba sekalipun... Sub...allahyarham (al-fatihah)...dia adalah seorang kawan yang baik...yang tahu apa yang diperlukan dalam persahabatan....mintalah apa saja...katakan apa saja....tunjukkan apa saja....dia tahu apa yang aku perlukan....tak perlu jelaskan apa yang ada difikiran dia sudah boleh agak apa yang aku perlu tahu, and he got me right on the aim.... kenapa aku sedih?...kenapa aku sedih sangat?...kenapa aku sedih sangat-sangat?...sebab dia pergi?...semua manusia akan mati...sebab dia dah takde depan mata?...bukan ke manusia boleh hilang sekelip mata...sebab dah tak dpt dengar suara dia?...hmmm, biasanya itu lah yang menyedihkan...itulah satu benda yang aku x boleh terima...sebab dia banyak nasihat aku....dia banyak marahkan aku...dia bukan orang yang hanya akan menyokong sesaja2 apa yang aku buat...kalau tak betul, maka tak betul lah dia akan kata...kalau betul, dia tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada sekadar betul.... tuhan sayangkan dia...aku sayangkan dia...tapi dia bukan milik aku...dia milik allah... dah pasti aku akan terngiang2 suara, gelak tawa, hamukan dan telatah dia...masih aku belum lupa yang aku hancurkan telefon dia berpunca dari kepala angin dan baran aku...ye aku baran, aku kepala angin...walaupun tak semua kenalan pernah lihat sikap burukku yang semua tu, dia dah lihat semuanya...masih ingat katanya "uve shown me ur worst, no worry, u still have me"...hmmm. cukup sampai sini cerita pasal arwah...biar selebihnya aku yang simpan...tak mahu membawa perasaan lebih sayu dan sebab...yang aku percaya, di 'sana', kita akan bertemu lagi....pasti2 selepas itu tiada matinya... Al-fatihah

Thursday, June 7, 2012

Nampak Takda Apa2 Pon

Artikel ini dari Christine Misrandino aku pinjam untuk menjawan soalan bagaimanakah kehidupan seorang yg mengidap Lupus, Hypoadrenalia, Penyakit Chron, Kanser dan yang sekronik dengannya...
Saya dan seorang rakan karib berbual mesra di resotan. Masa sudah agak lewat dan kami sedang makan kentang goreng dengan curahan sos. Seperti gadis normal baya kami, kami telah menghabiskan banyak masa di kantin sewaktu di kolej, dan banyak masa yang diluangkan bercakap tentang kenalan-kenalan lelaki, muzik atau perkara-perkara remeh, yang pada kami sangat penting pada masa itu. Kami tidak pernah serius mengenai apa-apa dan menghabiskan kebanyakan masa ketawa riang. Sedang saya bersedia untuk makan ubat dengan snek seperti biasanya, dia merenung saya. Tiba-tiba dia meminta saya jelaskan bagaimana menghadapi hidup sebagai seorang yang berpenyakit Lupus. Saya terkejut bukan sahaja kerana dia bertanya soalan secara tiba-tiba, tetapi juga kerana saya menyangka sebagai rakan yang rapat, dia sudah tahu. Dia menemani saya berjumpa doktor, dia melihat saya berjalan dengan tongkat dan muntah di tandas. Beliau pernah melihat saya menangis dalam kesakitan. Apa lagi yang dia ingin tahu? Saya mula berleter mengenai pil, sakit dan bisa, tetapi dia sentiasa tidak kelihatan puas dengan jawapan saya. Saya terkejut kerana sebagai rakan sebilik di kolej dan kenalan bertahun-tahun lamanya, saya sangka dia sudah tahu definisi Lupus. Kemudian dia memandang saya dengan ekspresi wajah yang setiap pesakit kronik cukup kenal - muka ingin tahu dengan sebenar-benarnya tentang sesuatu yang orang sihat tidak boleh memahami. Dia bukan bertanya dari segi fizikal, tetapi apa yang dirasai menjadi 'saya', menjadi penderita penyakit. Sedang saya cuba menenangkan diri, saya melihat di sekeliling meja untuk mendapatkan alat-alat bantuan atau sekurang-kurangnya masa untuk berfikir. Saya cuba untuk mencari perkataan yang betul. Bagaimana saya boleh menjawab soalan yang saya sendiri tidak pernah mampu untuk menjawab untuk diri sendiri? Bagaimana saya dapat menjelaskan dengan terperinci setiap hari dalam kehidupan dan menyampaikan emosi orang derita sakit dengan jelas. Saya boleh tukar hala perbualan dengan berjenaka seperti biasanya, tetapi saya terfikir jika saya tidak cuba untuk menjelaskan perkara ini, bagaimana saya mendapat kepastian yang dia memahami. Jika saya tidak dapat menjelaskan kepada kawan baik , bagaimana saya boleh menjelaskan kepada dunia? Sekurang-kurangnya saya perlu cuba. Pada ketika itu, teori sudu dilahirkan. Saya dengan pantas memungut setiap sudu di atas meja; dan juga dari meja-meja yang lain. Saya merenung matanya dan berkata, "Ambil (sudu-sudu) ni, anda mempunyai Lupus". Dia memandang saya dengan keliru, rasanya sama seperti orang lain apabila mereka diserahkan seikat sudu. Sudu-sudu logam yang sejuk berbunyi-bunyi dalam tangan, ketika saya menolaknya ke dalam genggaman dia. Saya menjelaskan bahawa perbezaan antara sakit dan sihat adalah penderita perlu membuat pilihan atau berfikir tentang perkara-perkara yang orang lain tidak langsung perlu ambil kisah. Yang sihat mempunyai kemudahan hidup tanpa membuat banyak pilihan (mengenai perkara-perkara yang remeh pada mereka); satu anugerah yang kebanyakan orang mengambil ringan. Kebanyakan orang memulakan hari dengan berbagai kemungkinan yang dapat dicapai dan dengan tenaga untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan, terutamanya yang muda. Mereka tidak perlu bimbang tentang kesan tindakan mereka pada kebanyakan perkara. Jadi untuk penerangan, saya menggunakan sudu untuk menyampaikan kenyataan ini. Saya mahukan sesuatu konkrit untuk dia pegang, jadi saya boleh merampas sesuatu darinya, kerana kebanyakan orang yang menderita sakit merasai "kehilangan" hidup yang mereka pernah lalui. Jika saya berada dalam posisi merampas sudu, maka dia akan faham bagaimana rasanya jika ada daya luaran yg sentiasa menghimpit kehidupannya, khususnya Lupus. Beliau teruja mengambil sudu-sudu itu. Beliau belum faham apa yang saya akan lakukan, tetapi dia sentiasa menyangka sesuatu yang menghiburkan, sepertimana saya akan selalu berjenaka bila bercakap tentang isu-isu yang menyentuh. Sedikit sekali dia tidak menyangka betapa seriusnya saya nanti. Saya meminta dia untuk mengira sudu-sudu itu. Dia bertanya mengapa dan saya menjelaskan bahawa apabila anda sihat anda menjangka mempunyai bekalan "sudu" yang tidak putus-putus. Tetapi apabila anda kini perlu merancang hari anda, anda perlu mengetahui dengan tepat anda bermula dengan berapa banyak "sudu". Ia tidak menjamin bahawa anda tidak akan kehilangan beberapa sudu sepanjang jalan, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu anda untuk tahu titik bermula. Dia dikira 12 sudu. Dia ketawa dan berkata dia mahu lebih. Saya berkata tidak, dan saya tahu dengan segera bahawa permainan ini akan berhasil apabila dia kelihatan kecewa - walapun kita masih belum bermula lagi. Saya juga mahu lebih banyak "sudu" selama bertahun-tahun dan belum menemui jalan lagi untuk mendapatkan lebih banyak, kenapa mesti dia? Saya juga memberitahunya untuk sentiasa sedar berapa banyak sudu dia ada, dan supaya tidak tercicir kerana dia tidak pernah boleh lupa dia menderita Lupus. Saya meminta beliau untuk menyenaraikan tugas-tugas hari itu, termasuk yang paling mudah. Sementara dia menyebut tugas-tugas itu, termasuk perkara-perkara hiburan yang menyeronokkan, saya menjelaskan bagaimana setiap satu perkara berharga sebatang sudu. Apabila dia terus masuk kepada perkara bersiap-sedia untuk kerja sebagai tugas pagi yang pertama, saya mencelah dan mengambil sebatang sudu. Boleh dikatakan saya membuatnya terkejut besar. Saya berkata, "Tidak tidak! Anda tidak saja bangun. Anda perlu untuk memecah buka kelopak mata anda, dan kemudian menyedari bahawa anda lewat. Kerana anda tidak tidur lena malam sebelumnya. Anda perlu merangkak dari katil, dan kemudian anda perlu untuk menyiapkan sesuatu untuk makan sebelum anda boleh berbuat apa-apa, kerana jika anda tidak lakukan, anda tidak boleh mengambil ubat, dan jika anda tidak mengambil ubat sama seperti segala gumpalan sudu untuk hari ini dan mungkin juga esok tercicir . "Saya terus mengambil sebatang sudu lagi dan dia menyedari yang dia belum lagi berpakaian untuk kerja. Mandi meluakkan sebatang sudu; hanya untuk mencuci rambut dan bercukur. Membuat ini dan itu pada awal pagi sebenarnya boleh meluakkan lebih daripada satu sudu, tetapi saya tidak mengambil lebih kerana saya tidak mahu dia merasa lebih terkejut. "Memakai berpakaian meluakkan sudu lain. Saya mencelah setiap kali dan menunjukkannya setiap tugas mudah peru diteliti dengan lebih terperinci. Anda tidak boleh semata-mata hanya menyarungkan pakaian apabila anda menderita sakit. Saya menjelaskan bahawa saya perlu melihat secara fizikal apakah pakaian saya boleh pakai. Jika tangan yang sakit pakaian berbutang perlu dilupakan. Jika saya mempunyai lebam pada hari itu, saya perlu memakai baju berlengan panjang, dan jika saya demam, saya perlu sweater untuk kekal hangat dan sebagainya. Jika rambut saya banyak gugur, saya perlu menghabiskan lebih banyak masa untuk melihat kemas, dan kemudian anda perlu menambah lagi 5 minit dek rasa muram kerana mengambil masa 2 jam untuk melakukan semua ini. Saya fikir beliau telah mula memahami secara teori kerana dia hanya tinggal 6 batang sudu dan dia belum pun sampai ditempat kerja. Saya kemudian menjelaskan bahawa dia perlu menjalani hari dengan bijak, kerana bila "sudunya" luak, ia akan terus luak. Kadang-kadang anda boleh meminjam daripada "sudu" esok, tetapi betapa siksanya esok dengan "sudu" yang kurang. Saya juga perlu menjelaskan bahawa orang yang sakit sentiasa perlu ingat bahawa esok mungkin ia mungkin kena demam selsema, atau mengalami jangkitan, atau apa-apa saja perkara yang boleh membahayakan. Jadi anda tidak mahu bilangan "sudu" anda terlalu rendah, kerana anda tidak dapat jangka bila anda benar-benar memerlukan mereka. Saya tidak mahu menekan beliau, tetapi saya perlu bersikap realistik, dan malangnya persediaan untuk yang terburuk adalah sebahagian daripada hari saya. Kami lalui sepanjang hari (dalam permainan itu), dan dengan perlahan dia menyedari ponteng makan akan menyebabkan luaknya sudu, bergitu juga berdiri di dalam gerabak keretapi, bahkan menaip di komputer terlalu lama. Dia terpaksa membuat pilihan dan pandang dan berfikir tentang hal-hal dengan cara yang berbeza. Secara teori, dia terpaksa memilih antara untuk tidak menjalankan kerja yang disuruh, supaya dia boleh makan malam pada malam itu. Apabila kita sampai ke penghujung hari dalam permainan itu, beliau berkata dia lapar. Saya ringkaskan bahawa dia terpaksa makan malam tetapi dia hanya tinggal satu sudu. Jika dia masak, dia tidak akan mempunyai tenaga yang cukup untuk membersihkan periuk. Jika dia keluar untuk makan malam, dia mungkin menjadi terlalu letih untuk memandu pulang dengan selamat. Kemudian saya juga menjelaskan, bahawa saya sengaja tidak tambah dalam permainan ini, bahawa dia sebenarnya merasa pening-pening loya. Memasak sebenarnya sudah terkeluar dari senarai secara otomatis. Dia memutuskan untuk membuat sup, kerana ia mudah. Saya kemudian berkata jam hanya pukul 07:00 malam, dia masih mempunyai masa, tetapi mungkin berakhir dengan satu sudu. Jadi dia boleh melakukan sesuatu yang menyeronokkan atau membersihkan rumahnya, atau melakukan kerja-kerja, tetapi dia tidak boleh melakukan semuanya. Saya jarang melihatnya beremosi, jadi apabila saya melihat beliau tersentuh saya tahu mungkin saya berjaya menyampaikan maksud saya kepada beliau. Saya tidak mahu kawan saya rasa sedih, tetapi pada masa yang sama, saya gembira kerana mungkin ada yang memahami saya serba sedikit. Beliau tergenang airmata yang bertanya dengan nada yang rendah, "Christine, bagaimana anda melakukannya? Adakah anda benar-benar lakukan ini SETIAP hari?" Saya menjelaskan bahawa ada hari-hari yang lebih teruk dari hari lain; ada hari-hari yang saya memiliki bekalan sudu yang lebih dari hari yang lain. Tetapi saya tidak boleh lupa dengan keadaan saya; saya sentiasa perlu berfikir tentang hal itu. Saya menyerahkan sebatang sudu saya telah pegang sebagai simpanan. Saya hanya berkata, "Saya telah belajar untuk hidup dengan sudu tambahan di dalam poket, dalam simpanan. Anda perlu sentiasa bersedia." Memang sukar, perkara yang paling sukar yang saya terpaksa belajar adalah untuk perlahankan rentak, dan tidak melakukan segala-galanya. Saya berjuang hingga ke hari ini. Saya benci rasa ketinggalan, terpaksa pilih untuk tinggal di rumah, atau tidak dapat melakukan perkara yang saya mahu. Saya mahu dia rasa kekecewaan itu. Saya mahu dia memahami, bahawa apa saja yang orang lain buat datang dengan mudah, tetapi bagi saya ia adalah 100 tugas dalam satu. Saya perlu fikir mengenai cuaca, suhu badan saya pada hari itu dan rancangan saya seharian sebelum saya boleh membuat hanya satu perkara yang mendatang. Kebanyakan orang hanya perlu buat apa yang dibuat, saya perlu merancangnya seperti ia satu strategi peperangan. Itulah yang membezakan antara orang yang sihat dan yang menderita sakit. Satu keindahan - untuk terus buat tanpa perlu meneliti. Saya merindui kebebasan itu; untuk tidak mengira 'sudu'. Setelah kami berdua beremosi dan berbual tentang ini sedikit masa lagi, saya dapat merasakan yang dia sedih. Mungkin dia telah memahami. Mungkin dia telah memahami yang dia tidak akan dapat berkata secara jujur yang dia benar-benar faham. Tapi sekurang-kurangnya dia tidak akan merungut berlebihan jika saya tidak dapat keluar makan malam dengannya, atau jika saya seolah-olah asyik tidak mampu menjengoknya di rumahnya dan dia perlu datang ke rumah saya lebih kerap. Saya memeluknya bila kami sama-sama keluar dari tempat makan itu. Saya berkata kepadanya: "Jangan risau. Saya anggap ini sebagai satu rahmat. Saya terpaksa memikirkan tentang semua perkara yang saya lakukan. Tahu tak awak berapa banyak sudu yang dibazirkan orang setiap hari? Saya tak ada masa untuk dibazirkan, atau 'sudu' untuk dibazirkan dan SAYA PILIH UNTUK MELUANGKAN MASA INI DENGAN AWAK." Semenjak malam itu, saya menggunakan teori sudu untuk menerangkan tentang hidup saya kepada orang lain. Keluarga dan kawan-kawan saya sehingga merujuk kepada 'sudu' setiap masa. Ia seolah-olah menjadi kod untuk merujuk kepada apa yang saya boleh dan tidak boleh buat. Bila orang lain memahami tentang teori sudu ini, bukan saja mereka memahami saya tetapi ia seolah-olah merubah cara hidup mereka sedikit sebanyak juga. Saya rasa ia bukan saja baik sebagai penerangan mengenai Lupus, tetapi untuk apa saja penyakit dan kekurangan upaya. Moga-moga mereka tidak menggangap remeh apa saja yang mereka ada atau kehidupan mereka secara umum. Saya memberi secebis diri saya, dalam arti kata yang menyeluruh, kepada apa saja yang saya lakukan. Ia seoalah-olah menjadi lawak peribadi. Saya dikenali dengan satu candaan: Saya selalu berkata kepada orang yang mereka sepatutnya rasa istimewa bila saya luangkan masa dengan mereka kerana mereka mempunyai sebatang dari 'sudu-sudu' saya. © Christine Miserandino http://www.butyoudontlooksick.com/

Monday, February 13, 2012

SILAP--AKU KESAL--ehh rupanya tak la kesal mana……

Salam, Subuh yang hening dengan suara2 ayam yang memekik2 minta perhatian, murai2 bersiul lantang memberitahu manusia dan alam “aku sudah terjaga dari tidurku, sudahkah kamu??”…Pagi terbit matahari dengan suhu suam2 menjengah tengahari panasnya sudahpun menyiat kulit…menjelang petang teriknya sudah tidak dapat dihiraukan lagi saat kulit telah merasa pijar, hati tidak sabar menanti gelincirnya matahari….biar sejuknya cepat, biar resahnya juga surut… Hidup….macam tu jugaklah kehidupan kita yang sering allah sinopsiskan dalam saat2 yang berlalu meninggalkan kita dalam satu hari….semuanya berlaku serentak, dalam satu masa, melalui banyak suara….cumanya adakah telinga kita mendengar??...mata kita melihat??...hidung kita menghidu??...bagaimana pulak dengan langkah…. Dalam banyak2 benda yang kita selalu fikirkan adalah kesalahan orang, yang membuat kita marah pada mulanya, kemudian mencuba membalas, sekiranya tidak dilakukan apa2 dengan amarah itu, akhirnya akan datang SESAL….sesal tentang apa, mengapa, bagaimana boleh terjebak dengan perasaan itu…personally, aku bukanlah orang2 yang pandai MENYESAL….bukan cakap sombong, bukan cakap riak, bukan apa…….cumanya, aku terlatih dengan perasaan itu terlalu banyak kali dulu….alahkan seorang komando yang mulanya orang biasa2, sehingga tamat latihan kita hempuk pakai batang cangkul pun dia mampu senyum lagi…..
Tp alang2 dah mengungkit hal SESAL ni….aku pun nak juga cakap hal nih….mane bole tahan, aku bukan mutan smp leh jadik sebegitu kuat....lately, bagai terhentak2 rasa hati bila lihatkan seseorang yang hidupnya rupanya tak pernah berubah…..ketepikan hal keakraban, letak jauh2 hal siapa dia….awalnya aku suke bekawan dgn dia ni, anyway, aku rasa kalau mula2 kenal mmg sume best….kau kelakar, kau happening, kau superb, kau the best….aku terlupa selepas2 tu banyak benda akan berlaku especially bila org skarang ni kata “true color”dia dah kuar….aku ni bekawan tak kisah sape, sume aku kawan…jangan tak caye sampaikan cina along kaki potong tangan org pun aku bkawan…kalau tak pecaya korang g kedai dia kat kajang tu Jasa Awan Biru tu…dalam tu tokey dia kawan aku….betapa nak mmbuktikan aku bekawan dgn sesiapa je. Tp dia ni camne aku nak cakap ye…..hati dia tak konsisten….hmmm aku rasa tu je terms paling possible utk keadaan tu….mana taknye, setiap kalinya buat salah, setiap kali di’sekolah’kan, lepas tu akan MENYESAL….maka akan keluarkan lah mimik2 muka yang kekesalan yang menzahirkan bahawa “aduhhh kesalnya aku”…aku fikir akan sungguhlah kesalnya….tak payah kata minggu depan dia akan baik, lupakan bulan depan, jangan lah kata tahun depan dia dah tak buat lagi….SELANG TAK BERAPA JAM perangai lamanya yang konon terkubur bersama wajah kesal tu dah pun dilahirkan semula….kalau jadik sekali dua takpe…means that kau taklah teruk mana…tapi SELANG TAK BERAPA JAM????.....time tu lah mulut ni sangat lembik nak cakap WTF kuat2….
Jadik skarang ni kesalnya letak dimana?....wajah poyo sayu tadi tu sebenarnya untuk ape?...untuk menepati konsep dan theme acara tazkirah tu ke???....benda bukan sekali dua jadik kat aku….banyak kali…choppp tipu, setiap kali….this time around mmg aku takkan bagi chance lagi dah….u wanna change???...u need it so badly for ur own good??? - ->> TALK TO THE HAND….buang masa aku nak becakap peghabih napas aku yang rajin semput nih….sebab u will never change (ok its not a fair quote), U R TOTALLY NOT IN A WELL-SHAPED FOR ‘READY TO CHANGE’….. Cuba fikir2kan balik…..aku huraikan balik ye ceta aku awal2 tadi….how allah create this life, and show a trailer to us thru day2day life….kita tengok contoh ni aeh n tahap2 nak berubah tu------ Ko nak naik gunung kinabalu; Ko nak rasa sendiri betapa bestnya smp puncak kinabalu; Kau gemok; Tp napas ko temengah2 dalam pendakian; ko pun takde climbing shoes; Ko Cuma ada selipar Tat Sing; Well ko nak panjat jugak; Smp suku bukit tapak n kulit kaki ko mula panas; Ohh rupanya dah melecet; Kau gagah nak panjat jugak; Kulit yg melecet tadi tu pun dah tekoyak; Sudahnya ko tak boleh panjat lg cuz ko dah injured; Tapi ko masih ada semangat nak panjat lagi; Masalahnya ko mmg dah tak boleh teruskan; KAU KENA TURUN BALIK…… Jadiknyer, nak berubah ni bukan setakat cakap mulut or naik status or update blog kata nak berubah—nak berubah—nak berubah…no!!...its abt kau nak berubah jadik ape?….kau nak berubah kearah tu kau perlu ape?...kalau kau berjaya berubah ape nikmatnya ko dapat?.... Kalaulah analogy naik gunung kinabalu tu adalah projek yang berjaya dank au mendaki dgn penuh persediaan, ko rasa napas ko semput tak??...kau rs ko pakai tak selipar tu??...ko rasa kaki ko melecet tak??...of course u wont, instead mount of kinabalu will be urs….sebabnya ko ada preparation…. Jadi lepas ni hati2 sket nak sebut nak berubah……selagi kita tak sedar apa yang kita ucapkan dalam manifesto perubahan tu, better don’t talk….cuz ada yang mendengar, ada juga yang mengharapkn sama perubahan tu…dan tak kurang juga yang mencabar, selain mencebik dan kata “ahhhh poyo jap2 lagi kuarlah pangai haramjadah tu balik”….tak kesian pada diri sendiri ke kalau dengar benda2 tu??...
Till then, remember this “ITS ALWAYS BETTER TO SAY PADAN MUKA KAU, INSTEAD OF PADAN MUKA AKU”…..daaaaaa!!

Tuesday, December 13, 2011

Mengenali Karakter Seseorang Melalui Status Facebook

Mungkin korang selalu baca dan komen status kawan-kawan anda bukan?tapi tahukah anda yang status seseorang itu melambangkan karakter dirinya yang sebenar?? antaranya..



1. Kaki update
Orang jenis macam nih kat mana-mana je akan selalu update status. Status selalunya tidak terlalu panjang tapi kerana terlalu sering membuat rakan facebook lain terasa rimas jugak kerana hal-hal yang tidak penting di-post. Contoh: ” Tengah korek-korek bontot, korek-korek shiooom~ ”



2. Melankolik
Biasanya selalu meluahkan perasaan di status. Tujuannya? Mungkin kerana ingin diberi banyak komen dari teman-temannya atau hanya ingin sekadar meluahkan rasa isi hatinya di facebook. Biasanya orang jenis ini menceritakan kisahnya dan kadang-kadang bertanya mengenai diri dan lebih kepada bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi daripada orang lain.



3. Tukang mengeluh
Dari pagi siang, petang, malam, subuh, dan bersambung esok harinya mengeluh. Peliknya, ada je bahan-bahan yang nak jadi keluhan. Eh? Korang jangan lak nak mengeluh lepas baca nih! haha. Kalau korang mengeluh, korang le tu kan?



4. Sombong
Biasanya suka menunjuk-nunjuk. Mungkin mereka tidak berniat sama sekali untuk menyombongkan diri, tetapi orang yang melihat selalunya merasakan dia nih sombong, bajet dan sebagainya…



5. Puitis
Orang jenis ini suka update status dengan kata-kata mutiara. Jadi, setiap kali update status selalu saja mengeluarkan kata-kata mutiaranya. Kadang-kadang sampai tak paham ape yang die tulis atau maksudkan. Nak buat kita terharu? Atau nak kita tahu perasaan di sebalik puitisnya kata yang bermetafora? Atau sekadar memancing perhatian? Atau… ah! banyak sangatlah persoalan…



6. In English
Jenis ” In English ” nih termasuk dalam kategori manusia apa saja, melankolik, puitis, sombong dan sebagainya. Dari pandangan sisi rakan facebook. ( Mentaliti Melayu selalu macam nih la; bukan nak kutuk bangsa sendiri ) Tapi selalunya jenis ini akan mengutarakan dengan yang lebih bergaya iaitu dengan bahasa Inggeris. ( Aku pulak terasa lepas tulis yang nih, macam aku lah… hahaha ) Sampaikan kene ejek terus.



7. Lettew
Hahaha, admin tak tau macam mana nak definikasikan type orang jenis nih. Letak ” Lettew ” je lah. Lettew adalah bahasa yang selalu digunakan di twitter bermaksud ” Awak lettew… – LAH TU ” Selalu status update dengan bahasa yang sukar difahami dengan ejaan kejap besar, kejap kecik… kejap besar… kejap kecik… Paham-paham je lah.



8. Obsesi
Selalunya manusia jenis nih kuat berangan dan hidup dalam imigasi tersendiri… bergantung kepada obsesi di penulis status update.. dan kerap kali dicontohkan kepada profil FAKE. contoh: ” Tengah dating dengan Lisa Surihani – At, Kebun pisang tok mudim.



9. Serba tahu
Insani jenis nih, semua dia nak tau…. dari rambut atas sampai kuku hujung kaki… padahal, satu mende dia tak tahu….. Just cakap je…. Contoh; tgk bola….. ” Ramli pemain jersi 19, Man.Utd berpindah ke Kelab Malam. ” Padahal PROPA je.. Lagi nak lebih2, tak tahu diam2 la… jangan buat tau2 je…



10. Kaki Wayang
Selalu update status mengenai filem yang baru habis ditonton… Kalau tgk 10 movies, 10 movies la status berderet hari tuh jugak.
Contoh: ” Alamak! Toyol…. best. Hantu toyol die pakai pampers and hisap tetek bukan jari kaki ”



11. Sales
Takde update pasal lain, semua pasal barang-barang yang dijual secara online dalam facebook. Jual kerepek pisang dalam talian. Untung maaaa~



12. Kemasyarakatan
Selalu update status mengenai kemasyarakatan. Contoh : Jom ramai2 datang ke stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan robot Real Steel!



13. L33t
Leet atau eleet atau leetspeak atau 1337 atau l33t dan juga dieja 31337 atau 3l33t Juga dikenali sebagai bahasa hacker. Selanjutnya korang cari sendiri kalau nak tau sejarah leet. Manusia jenis ini ada beberapa versi, dari tulisannya yang aneh, atau tulisannya biasa saja, bahasa alien atau memang tak paham langsung!
contoh:
L33t 1 : “@£@h@¡ x2… p€n¡n9 §¡07 k€p@£@ @kµ 7€n90k @w€k §€k§¡ n¡h”
L33t 2 : “aLaHa| x2….. P3n|nG s|0t k3paLa aKu tGk aWeK S3k$i n|h ”
L33t 3 : “4£4h41… p3n1n9 $107 |{3p4£4 4|{µ 73n90|{ 4w3|{ $3|{$1 n1h
(Ingat comel ke tulisan serupa l33t nih?)



14. Hidden Message
Orang jenis nih, menyembunyikan mesej sebenar dalam mesej status. Kebanyakkannya perempuan.
Contoh : “For you my A**FF C*LL*N, I can’ t live without you..i miss you… you are my blah blah blah..”,
(Padahal orang tersebut tidak ada dalam jaringannya.. hahaha. saje tulis. SMS je terus kat die la kalau rindu…)



15. Misteri
Selalunya membuatkan banyak orang bertanya tanya atas apa maksud dari status orang tersebut. Mengudang tanda tanya dan ah! misterilah…
Contoh : ” Sudahlah.. ” , ” Matilah…” ” Termenung… ” <– Apa kes!?


Sumber: http://nizarazu.com